Foto: Rumah Kreatif
Walaupun hanya berusia 14 tahun ianya bukan satu penghalang buat satu pasangan di Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat (Sulbar), Indonesia yang dikenali sebagai NA dan UL untuk mendirikan rumah tangga sebelum kisah mereka tular di laman Facebook.
Artikel Berkaitan: Perkahwinan Remaja Bawah Umur Dirai Meriah Penduduk Kampung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!
Kalau dah jodoh!
Foto: Rumah Kreatif
Memetik laporan Detik.com, pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak Rp 7 Juta (anggaran RM2,102.95) dan foto-foto majlis tersebut telah dikongsi menerusi pemilik akaun dikenali sebagai Rumah Kreatif. Ujar pemilik Facebook, Kiki Afrizal, dia mengesahkan pasangan pengantin itu merupakan bawah umur.
Keduanya masih kanak-kanak. Ketika saya melihat mereka saya juga tersenyum,
Jelasnya lagi, kedua-dua pasangan itu merupakan pelajar sekolah rendah dan dia sekali lagi menegaskan mereka berdua berusia 14 tahun.
Kalau tak silap saya, kedua-duanya baru berusia 14 tahun. Masih di sekolah rendah, tetapi sekolahnya berbeza.
Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Dusun Landa, Desa Taan, Kecamatan Tapalang, pada Selasa yang lalu dan perkahwinan tersebut berlangsung atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Sumber: Detik.com