berita

Pasha (Ungu) Tak Mahu Isteri Menyanyi Solo Kerana Cemburu?

November 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika anda peminat setia kumpulan Ungu, atau mungkin juga sekadar peminat kepada Pasha, OHBULAN! pasti anda sudah dengar lagu duet Pasha dan Adelia Wilhelmina yang berjudul ‘Penghujung Cinta’, kan?

Dilancarkan hampir setahun lepas, tahukah anda bahawa pasangan duet Pasha dalam lagu ini sebenarnya adalah isteri Pasha sendiri? Ya, ramai yang sudah atau masih belum tahu kan?

Pasha ketika ditemui di Hard Rock Cafe memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali membenarkan isterinya bergerak sebagai penyanyi. Penyanyi yang pernah berlakon dalam filem ‘Purple Love’ ini juga turut mendedahkan bahawa lagu ‘Penghujung Cinta’ bukanlah lagu duet.

“Sebenarnya lagu ini ditulis untuk kumpulan Ungu dan bukannya untuk berduet dengan isteri,” ujar Pasha.

Ditanya mengapa dia tidak mahu isterinya menyanyi solo, Pasha menjawab, “Saya tak galakkan isteri saya menyanyi dan  perasaan cemburu itu memang ada dalam hati. Tapi saya juga takut jika kedua-dua kami sibuk, tak dapat bagi komitmen pada keluarga.”

Selain itu, Pasha juga memberitahu bahawa Adelia kini sudah pun mempunyai peminatnya sendiri selepas lagu duet mereka dilancarkan tahun lepas.

Dalam pada itu, kumpulan Ungu telah pun melancarkan album kompilasi mereka yang terbaru berjudul ‘Timeless’.

“Album ini dikeluarkan kerana ingin penuhi permintaan peminat. Peminat mahu lagu kesukaan mereka dibuat didalam satu album. Jadi, itu adalah alasan kenapa album ini dibikin,” jelas kumpulan yang popular dengan lagu ‘Demi Waktu’ ini.

Album ‘Timeless’ mengandungi 18 buah lagu dimana 4 darinya adalah lagu terbaru dari Ungu. Anda sudah boleh dapatkannya di pasaran sekarang.

SKIP THIS AD ×