berita

4 Bulan Janda ‘Angau’, Sakit Badan & Kepala, Rupanya Teddy Bear Hadiah Ex…

November 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Bagi manusia yang meletakkan hawa nafsu dan kemahuan diri sebagai keutamaan, apa saja sanggup dilakukan walaupun bertentangan dengan agama dan syarak. Siapa sangka, masih ada yang memilih ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Pengamal perubatan alternatif, Ustaz Din mendedahkan azab yang terpaksa dihadapi pesakitnya apabila terkena buatan minyak pengasih.

Berpunca anak patung

Menurut satu status di page Facebooknya, Ustaz Din menceritakan pengalamannya merawat pesakit yang terkena gangguan sehingga pihak perlu membakar anak patung kerana terdapat sapuan minyak pada patung itu.

Rawatan semalam. Bila pesakit dirukyah (bacaan ayat al-Quran untuk memohon bantuan perlindungan)… anak patung terpaksa dibakar kerana terdapat gangguan… sapuan minyak pada patung tersebut yang menyebabkan pesakit akan sakit berterusan selagi tak dibuang atau dibakar. Allahu Rabbi (Ya Allah Ya Tuhanku).

Menurut Ustaz Din kepada Mstar, pesakit dirawatnya itu merupakan seorang janda berusia dalam lingkungan 20-an. Pesakit mengalami sakit misteri sejak 4 bulan lalu sebelum mengambil keputusan bertemu perawat itu.

Kami diberitahu yang pesakit telah terkena gangguan misteri sejak kira-kira empat bulan lalu, menyebabkan dia sakit-sakit badan, sakit kepala dan asyik termenung.

Jadi, kami pun melakukan ‘rukyah’ bagi mengenal pasti sama ada dia terkena gangguan atau tidak. Ya, dia terkena sihir, alami gangguan jin, dan puncanya daripada sebuah anak patung.

Minyak pengasih disapu pada patung

Menurut pesakit, dia menerima patung teddy bear merah jambu itu daripada bekas kekasih sebagai hadiah hari lahir. Dakwa Ustaz Din, patung itu sudah disapu dengan minyak pengasih iaitu amalan syirik bagi menundukkan pasangan dengan bantuan jin.

Saya melakukan rawatan antaranya ‘berdialog dengan jin’ yang menemukan kami dengan punca sebenar pesakit ini mendapat gangguan.

Minyak pengasih itu disapu pada bahagian tangan anak patung beruang. Sebab itu, pesakit asyik termenung dan teringatkan bekas kekasih.

Pesakit itu sebelum ini ada mendapatkan rawatan dan pulih namun kembali mengalami gangguan. Menurut Ustaz Din, berkemungkinan anak patung yang bertindak sebagai perantara menyebabkan gangguan kembali berlaku. Untuk itu dia membuat keputusan membakar patung tersebut.

Tapi sepanjang anak patung itu ada di rumahnya, dia diganggu macam-macam. Tapi pesakit tak tahu ‘benda’ tu menumpang pada anak patung.

Jadi, dengan bantuan Allah SWT, kami berusaha membantu merawat pesakit ini. Menerusi sesi rawatan kedua, kami melakukan ruqyah di samping membakar anak patung itu yang menjadi ‘rumahnya’ selama ini.

Alhamdulillah, pesakit itu dapat disembuhkan, tiada lagi gangguan. Dia telah melakukan rawatan susulan selepas itu.

Sumber: Mstar, Perawatan Ustaz Din

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×