Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi satu video memaparkan kejadian ‘pelik’ yang berlaku di tingkap hadapan rumahnya. Kejadian yang berlaku berulang kali itu membuatkan individu ini nekad memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di luar kediamannya.
‘Misteri’ bau hancing depan rumah?
Menerusi video yang dikongsikan, individu ini mendakwa tingkap rumahnya sering dibasahi dengan satu cecair yang busuk seperti air kencing. Pada awalnya, individu ini menyangka cecair tersebut adalah air kencing kucing tetapi agak pelik kerana lelehan tersebut agak tinggi.
Mula-mula ingat air kencing kucing tapi tak logik sampai ke atas tu. Lepas itu, ingat ada jin atau syaitan melekat dekat situ. Siap tabur gara, dan baca-baca sikit tapi pelik masih ada.
Meskipun sudah dicuci berkali-kali untuk menghilangkan bau hancing itu, namun cecair tersebut kembali muncul pada keesokan harinya. Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa dinding bahagian tingkap tersebut semakin rosak. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku setiap kali penghuni tiada di rumah.
Sampai berkulat dinding dah berbulan-bulan kitaorang basuh tapi masih ada balik. Start rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik.
Pelik dengan kejadian misteri itu, individu ini akhirnya nekad memasang CCTV untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku dan akhirnya segala-galanya terbongkar.
Menerusi rakaman tersebut kelihatan tindakan jiran sebelah menyimbah sejenis cecair ke arah tingkap rumahnya. Difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pelaku juga dikatakan sudah ditahan pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.
Video
Sumber: Snow_queenz_