Pelbagai helah yang digunakan untuk bergerak merentasi daerah atau negeri ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 secara total lockdown. Seperti laporan dari Utusan Borneo Online, seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan kerana dipercayai cuba melarikan diri dari Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diadakan di Kampung Mongkos, Sarawak.
Setelah berjaya ditahan, pihak berkuasa mendapati suspek ‘menyembunyikan’ beberapa individu lain di dalam bonet keretanya.
Terima upah RM 200
Foto hiasan
Ketua Polis Daerah Serian iaitu DSP Aswandy Anis melaporkan pasukan Team Pemantau Perintah Kawalan Pergerakan berjaya menahan suspek memandu sebuah kenderaan jenis MPV yang dipercayai cuba melarikan diri dari SJR pada 8.30 malam tadi. Tambahnya lagi, suspek tersebut disyaki terlibat dengan penyeludupan warga Indonesia. Dimana, warga Indonesia tersebut dipercayai memiliki passport tamat tempoh dan masih menetap lama di negara ini.
Polis berjaya menahan kereta tersebut bertempat di Jalan Kampung Seroban, kira-kira 45 kilometer dari Mongkos ke Simpang Seroban. Hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut mendapati di dalamnya terdapat seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia.
Warga asing tersebut masuk ke Sarawak melalui jalan tikus di Kampung Mongkos dan dijemput suspek dengan upah sebanyak RM200 untuk dihantar bekerja di ladang kelapa sawit Simunjan.
Terima upah RM300 setiap seorang
Sumber foto: Utusan Borneo Online
Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan pada hari Rabu lalu, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seorang lagi lelaki tempatan yang membawa masuk lima pendatang asing tanpa izin ke Malaysia tanpa menggunakan laluan sah.
Semasa tinjauan, pasukan PGA mendapati terdapat sebuah kereta keluar dari Jalan Ladang Sawit, Kampung Mongkos, dalam keadaan mencurigakan. Pasukan terus mengekori kereta itu selama lebih kurang sepuluh minit sehingga di Jalan Kampung Muara Mongkos dan terus membuat sekatan atas kereta tersebut.
Siasatan awal mendapati suspek mendapat upah sebanyak RM300 untuk setiap seorang warga Indonesia yang dihantar ke Kuching.