berita

‘Patut Wanita Berniqab Kita Puji & Doakan Baik-Baik’ – Michael Ang

October 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengarah dan penerbit, Michael Ang sememangnya terkenal dengan mulut lantang yang sering menyuarakan pandangan mengenai isu semasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pakai Niqab Tetapi Mata Sangat Cantik’ – Ustazah Asma’ Harun

Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tampil Anggun Dengan Solekan Mata, Netizen Persoal Tujuan Neelofa Berpurdah?

Dah memang mata dia cantik

Terbaharu, Michael menyuarakan pendapat tentang isu wanita berniqab yang berhias terutama di bahagian mata di Instagram (IG) miliknya.

Michael, 46, berasa kesal apabila ada segelintir individu yang suka mencari dan menggali kesalahan orang lain.

Kata pelakon itu, seharusnya wanita berpurdah itu diberi pujian di samping mendoakan perkara yang baik sahaja.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa namun warganet ‘memetik’ nama Neelofa yang terpalit dengan isu itu, baru-baru ini.

Haters ada saja tak kena

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi dan respon yang diterima daripada pengguna media sosial. Rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Michael dan memohon untuk menjaga lisan masing-masing.

Bagaimanapun, ada juga yang kurang senang dengan pelantun lagu Cinta Atau Propa.

Sebelum ini, netizen mempertikai tindakan bekas hos program MeleTOP berniqab selepas tular video solekan mata yang didakwa mengundang perhatian ramai orang.

Sumber: Instagram @michaelang38

SKIP THIS AD ×