Pengacara Intan Suraya memohon mana-mana individu yang masih menyebarkan semula video lamanya ketika belum berhijab agar memadam kandungan tersebut.

Intan Suraya dah berhijab

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Intan berkata dia kini sudah berubah selepas memilih untuk berhijab dan sedang berusaha untuk istiqamah.

Intan Suraya sekarang ni dah tak sama macam Intan Suraya yang dulu. Intan Suraya yang pengacara dulu tu tak pakai tudung, tak berhijab.

Sekarang ni saya dah pakai tudung, dah berhijab, sedang berusaha untuk istiqamah dan sedang mendalami kehidupan yang lebih baik daripada dulu.

Dalam perkongsian sama, Intan turut memetik penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai perbuatan menyebarkan gambar atau video seseorang yang tidak menutup aurat di media sosial.

Oleh itu, Intan berharap perkongsian tersebut dapat menjadi peringatan buat semua agar lebih berhati-hati dalam menyebarkan kandungan di media sosial.

Dengan peringatan ni semoga kita sama-sama dapat menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan juga dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Threads Intan Suraya