berita

‘Patutnya Saya Sertai Kumpulan Itu, Tapi..’ – Abang Mangsa Korban Bot Terbalik

June 30th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Keterujaan sekumpulan 20 pemancing turun ke laut bertukar tragedi apabila bot dinaiki mereka terbalik ditelan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, Kelantan. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian jam 8.30 malam itu telah meragut nyawa empat daripada pemancing, dan empat lagi dilaporkan hilang. Manakala 12 lagi pemancing dilaporkan telah selamat.

Sepatutnya dia turut serta memancing

Mereka kelihatan teruja, bersemangat nak turun ke laut, malah dah buat persiapan sejak seminggu lalu untuk memancing dan mencandat sotong.

Adik (Harun) pun ada melahirkan hasrat tak mahu pergi (turun ke laut) sebab ada anaknya balik kampung, tapi dipujuk rakan-rakan dan dia teruskan niat nak pergi memancing dan candat sotong.

Menurut Sufri Daud yang merupakan salah seorang daripada keluarga mangsa yang maut berkata, separuh daripada kumpulan pemancing tersebut merupakan ahli keluarganya yang tinggal di Kampung Padang Tok La, Pasir Mas. Dia turut memeberitahu bahawa dia juga sepatutnya menyertai kumpulan tersebut namun terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas memikir kesihatan diri.

Jarang turun ke laut

Setahu saya, adik jarang turun ke laut, kalau ada pun dua kali setahun sahaja, kalau memancing pun di kawasan kuala berdekatan, rakan-rakan yang ikuti kumpulan ini juga kebanyakkannya pertama kali ke laut.

Mereka rancang nak berada di laut semalaman dan sepatutnya pulang pagi ini, namun keluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan berharap adik dan tiga lagi mangsa dijumpai.

Adiknya merupakan mangsa yang hilang dikatakan jarang turun ke laut. Namun kali ini dia menerima ajakan rakan-rakan untuk turun ke laut memancing. Tambahnya lagi, di juga sempat makan tengah hari bersama dua anak sepupunya iaitu Muhammad Zaki dan Mohd Syafizan yang dilaporkan maut akibat insiden itu. Dia berharap agar adiknya dan tiga lagi mangsa bakal ditemui.

4 lagi mangsa hilang belum ditemui

Kesemua mangsa yang dilaporkan maut ialah Mohamad Zaki, Mohd Syafizan, Wan Aminuddin dan juga juragan bot berkenaan yang merupakan warganegara Thailand dikenali sebagai Pokta. Manakal mangsa yang hilang ialah Harun, Che Wadi, Arman Ismail dan Syafiq Abdul Halim.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×