berita

PayFo Bakal Sediakan Platfrom Pembayaran Digital Serba Lengkap, E-Subsidi & Banyak Lagi

March 3rd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Selari dengan perkembangan teknologi, sistem pembayaran dan urusan kewangan juga turut bertukar menjadi ‘cashless’ atau dalam erti kata lain, pembayaran hujung jari hanya menggunakan peranti mudah alih. Terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan kemudahan tersebut yakni pengguna tidak perlu lagi menyelesaikan bayaran bil di kaunter pembayaran, hanya secara atas talian.

Salah satunya adalah dengan menggunakan aplikasi Payfo yang ternyata sangat mudah dan pengguna bakal menerima pulangan ganjaran yang hebat!

Apa itu Payfo?

Payfo ditubuhkan pada tahun 2018 dengan satu tujuan yang jelas iaitu untuk mewujudkan kemudahan teknologi di Malaysia melalui teknologi kewangan paling terkini . Payfo yang dimiliki sepenuhnya oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) memberikan perkhidmatan seperti penyelesaian pembayaran bil utiliti, platform E-Subsidi, pertukaran mata wang, aplikasi E-Pasaran untuk warga asing, bank digital, serta pemberian ganjaran bagi setiap transaksi.

Payfo kini sedang giat membangunkan beberapa aplikasi Fintech iaitu Subspays, Bepasar, Kredids dan Joy. Aplikasi Joy sudah dilancarkan bagaimanapun hanya tersedia untuk pekerja Kumpulan Al-Bukhary.

1.Subspays adalah platform subsidi separa autonomi dan tanpa tunai dimana agensi kerajaan negeri dan persekutuan dapat menguruskan peruntukan subsidi mereka kepada kumpulan B40 di Malaysia.

2.Bepasar adalah platform yang memudahkan dan lancar untuk sistem kiriman wang, membayar bil di rumah dan juga menyediakan produk pilihan dari negara asal sesuatu barang tersebut melalui e-marketplace.

3.Kredids pula menangani keperluan perniagaan dalam pembiayaan rantaian bekalan. Pada mulanya memberi khidmat buat syarikat pembiayaan pemfaktoran, kini telah merangkumi P2P dan ECF, serta institusi kewangan tradisional untuk menyediakan syarikat dengan penyelesaian pembiayaan alternatif cepat.

Joy platform pembayaran elektronik terkini

Terbaharu, Joy adalah platform pembayaran elektronik, e-dagang, dan ‘Omni-Channel All-Inclusive’ yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada pengguna dan pedagang. Platform digital ini akan membantu peniaga dalam talian dan luar talian untuk menarik pelanggan mereka dan meningkatkan pelanggan kekal melalui sistem ganjaran atau cashback.

Dalam erti kata lain, pengguna akan dapat menikmati kemudahan e-wallet bersama sistem cashback sementara pedagang akan memperkuatkan lagi hubungan mereka bersama pelanggan, kerana pelanggan didorong untuk kembali dengan tujuan memperoleh lebih banyak wang tunai dalam bentuk ganjaran. Bayangkan membeli barangan runcit, menyewa kereta atau membeli kereta dalam satu aplikasi! Mudah!

Ciri unik dalam aplikasi Joy pertama kali tersedia sebagai platform eksklusif untuk pekerja Kumpulan Al-Bukhary, yang kini berjumlah 200,000 orang. Dalam masa terdekat, melalui perkongsian dengan beberapa pasaran tinggi, aplikasi Joy dijangka akan mempunyai jumlah pengguna Joy mencecah sehingga 5 juta.

Sehingga kini, Joy telah mempunyai ikatan bersama rakan jenama yang kuat seperti MPH Bookstore, Altel, Kaodim, Komugi, Tradewinds Hotels, Menara Optometry dan Affin AXA.

SKIP THIS AD ×