
Seorang individu tampil mendedahkan keperibadian sebenar Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dan tunangnya, Bella Astillah, berdasarkan pengalaman bekerja bersama mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Cincin Ini Hanyalah Permulaan Kepada Segalanya’ – Bella Astillah Kongsi Momen Pertunangan Bersama Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mencintai Bella Astillah Juga Kerana Kedua Anaknya Iaitu Ayden & Ara’ – Syed Saddiq
Demi rakyat Muar – Syed Saddiq
Menerusi satu hantaran di Threads, individu dikenali sebagai Aca Hamzah mendedahkan sikap pemurah Syed Saddiq apabila bayaran yang diterimanya disalurkan sepenuhnya ke akaun Muar demi kebajikan rakyat.
Saya pernah kerja dengan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq.
Sewaktu dapat payment, seluruh bahagian YB memang 100% masuk ke akaun Muar untuk rakyat Muar.
Bella turut menyumbang
Dalam hantaran yang sama, Aca turut mendakwa bahawa Bella juga menyumbang sebahagian daripada pendapatannya ke akaun Muar tanpa pengetahuan sesiapa.
Bella pun ada bagi sumbangan juga, dia sumbang sedikit sebahagiannya ke akaun Muar tanpa YB Syed Saddiq tahu pun.
Dalam masa sama, dia menitipkan doa agar aktres berkenaan terus kuat menghadapi apa jua ujian yang datang.
Saya doakan apa sahaja ujian yang datang, Bella terus kuat ya.
Semoga Allah melindungi Bella dan sekeluarga.
Sumber: Threads