Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyokong usul hari Jumaat diumumkan sebagai Hari Jawi.
Artikel berkaitan: Mahu Martabat Tulisan Jawi, Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi
Beliau turut menyeru semua kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini.
Memakai pelitup muka
Menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia, jabatan tersebut memuat naik satu posting menggunakan tulisan jawi. Posting itu mengingatkan masyarakat agar sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Pihak polis juga memohon masyarakat agar memutuskan rantaian Covid-19.
Bagusnya!
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji posting tersebut. Mereka turut berharap Hari Jawi ini akan mendapat sambutan setiap hari Jumaat.
Sumber: Polis Diraja Malaysia