berita

Pecah Rekod! Beyonce Tapau Paling Banyak Trofi Grammy

February 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Anugerah Grammy ke-65 yang diadakan di Los Angeles itu menyaksikan Beyonce meraih empat trofi sekali gus menjadi penerima trofi Anugerah Grammy terbanyak setakat ini.

Artikel Berkaitan:Hotel Paling Mewah Di Dubai Bayar Beyonce RM111 Juta Untuk Persembahan Sejam

Artikel Berkaitan: Berjaya Kalahkan Katy Perry & Celine Dion, Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Top 100 Most Awarded Musician Of All-Time

Dah ada 32 trofi Anugerah Grammy

Pelantun lagu Crazy in Love ini berjaya memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh Georg Solti sebanyak 31 kemenangan, manakala Beyonce pula merangkul empat daripada sembilan pencalonan Anugerah Grammy ke-65 menjadikan kesemua trofi yang diperolehi Beyonce adalah sebanyak 32 trofi.

Dia berjaya merangkul Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) serta Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance.

Ucapan terima kasih buat semua

Dalam pada itu, penyanyi dan penulis lirik yang berasal dari Texas ini mengungkapkan penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada keluarga dan peminat kerana banyak membantu sepanjang kariernya.

Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa yang menyayangi dan menjadi pendorong. Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah.

Selain peminat dan rakan-rakan saya. Terima kasih juga kepada Grammy.

Sekadar info, Anugerah Grammy ke-65 ini juga menyaksikan Harry Styles memenangi Album Vokal Pop Terbaik dan anugerah edisi kali ini telah dikendalikan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Trevor Noah.

Sumber: The New York Times

SKIP THIS AD ×