berita

Pecah Rekod! Media Prima Audio Capai Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan

November 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Media Prima Audio

Jenama yang berada di bawah Media Prima Audio (MPA) telah mencapai jumlah lebih 5.5 juta pendengar mingguan berdasarkan tinjauan Nielsen dan Consumer & Media View (CMV) sepanjang bulan Julai 2022 sehingga Jun 2023. Tahniah!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Nafi Saman Shakilla, Dakwa Nombor Telefon Telah Disekat – ‘Saya Tak Meroyan, Lebih Kepada Luah Perasaan’

5.5 Juta Pendengar MingguanMedia Prima Audio

Sekali lagi Hot FM telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia! Hot FM adalah stesen radio berbahasa Melayu yang melonjak naik dari hari ke hari. Dari Julai 2022 hingga Jun 2023 membuktikan seramai 3.73 juta pendengar yang setia mendengar Hot FM sepanjang masa.

Pelbagai kempen yang dianjurkan oleh pihak Hot FM antaranya ialah Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) dimana pemenang dapat membawa wang tunai sebanyak RM300,000. Bukan itu sahaja, Anugerah TerHot, Last Beat Hot FM, Piknik Hot di beberapa tempat dan lain-lain kempen lagi.

Pada 26 October 2023, Hot FM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan gandingan baharu untuk segmen HotFlix bersama Ayu iaitu Aidil Fikri. Aidil Fikri merupakan DJ AI berbahasa Melayu pertama di Malaysia.

Setelah 3 minggu Ayu dan Aidil Fikri ke udara di segmen tersebut, ianya menunjukkan impak yang positif daripada pendengar kerana mereka mendapati DJ AI ini adalah sesuatu yang baharu dalam industri.

Serentak dengan itu, Hot FM telah menganjurkan sebuah majlis doa selamat bagi meluahkan rasa syukur tentang keputusan tinjauan tersebut dan sebagai tanda terima kasih kepada pendengar.

Fly FM, Kool FM, Eight FM

Media Prima Audio

Selain itu, Fly FM juga menunjukkan lonjakkan yang positif apabila masih mengekalkan prestasinya dengan menjadi stesen radio No. 2 berbahasa Inggeris di Malaysia! Dari Julai 2022 hingga Jun 2023 membuktikan seramai 2.11 juta pendengar yang mendengarkan Fly FM setiap hari.

Fly FM juga tidak kurang hebat dengan pelbagai kempen antaranya ialah Code Breaker, RnB Flydays x DJs Playground, penyampai radio AI pertama di Malaysia iaitu Aina. Aina telah membuktikan kepada pendengar radio bahawa teknologi AI ini mampu membawa sesuatu baharu kepada industri media.

Sementara itu, stesen radio Kool 101 juga telah membawa pelbagai kempen untuk berusaha dekat dengan rakyat dengan kempen-kempen yang berjiwa rakyat. Dengan jumlah pendengar seramai 192,000 pendengar, Kool 101 telah berjaya menarik hati pendengar untuk sentiasa dengarkan isu semasa dan sosial daripada Kool 101.

8FM juga telah dijenamakan semula kepada Eight FM. Penjenamaan tersebut adalah kerana Eight FM ingin berdiri dengan jenama mereka berbanding gunakan logo yang lama. Kempen yang diadakan di Eight FM telah mendapat sokongan pendengar terutamanya seramai 592,000 pendengar yang mendengarkan Eight FM sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, pihaknya akan terus menyajikan pengisian yang menarik demi kepuasan pendengar.

Kami sentiasa inginkan pembaharuan kepada setiap stesen untuk menambah baik kandungan dan memuaskan hati pendengar.

Saya juga meluahkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada pendengar kami atas setiap sokongan yang diberikan kerana setia mendengarkan radio-radio di Media Prima Audio.

Tidak lupa juga kepada rakan kongsi kami yang telah banyak membantu dan menyokong kami dari dulu lagi. Tanpa anda, tiadalah kami disini untuk merasa menjadi stesen radio No.1 di Malaysia.

SKIP THIS AD ×