berita

Pecah Tabung Beli Hadiah Transformers, Gelagat Comel Yusuf Iskandar Sambut Birthday Curi Perhatian

June 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kecomelan kedua-dua anak kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah mencuit hati para peminat yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat anak kecil itu. Pasangan suami isteri ini juga sering berkongsi foto dan video telatah anak mereka di media sosial.

Terbaru, Hairul Azreen memuatnaik video istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Yusuf Iskandar. Rata-rata terhibur menyaksikan gelagat comel Yusuf yang fasih speaking London. Comel sangat!

‘Kejar apa saja impian kamu’

https://www.instagram.com/p/CA-UFs0nk8A/

Video berdurasi 6:04 minit ini menyaksikan diari ringkas detik-detik Yusuf Iskandar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-4. Hairul Azreen menitipkan doa agar anak sulungnya itu terus untuk mengejar apa sahaja impian dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Dalam video ini, anda dapat menyaksikan Hairul menghadiahkan Yusuf mainan yang diimpikan dengan hasil wang simpanan. Selain itu, pelakon Paskal ini juga mencetak wajah Yusuf pada pakaian yang dipakai mereka sekeluarga. Memang comel!

Comel, pandai pula tu

Rata-rata pengikut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kepada Yusuf Iskandar. Mereka juga mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi anak yang bijak dan soleh.

Sumber: Hairul Azreen

SKIP THIS AD ×