berita

2 Peguam Pemaju Ditahan, Polis Dedah 50 Lelaki Diupah RM150K Ceroboh, Ambil Alih Kuil

November 28th, 2018 | by faris
Kini Trending

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan petang semalam memberi jaminan dalang yang menyebabkan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan terlepas dari menerima hukuman sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hasil siasatan yang mengheret penglibatan peguam pihak pemaju, One City Development Sdn Bhd dalam rusuhan itu.

Kesal tindakan pemaju

Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju itu telah mengupah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu.

Setakat ini, menurut Muhyiddin, dua peguam terbabit antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.

Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.

Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda.

Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku.

Tak tolak kemungkinan duit diberi pemaju

Ditanya sama ada wang upah berkenaan diberi oleh pemaju, Muhyiddin berkata, andaian awal pihak polis tidak menolak kemungkinan peruntukan berkenaan diberikan oleh pemaju kepada peguam terbabit.

Akibat kejadian rusuhan itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal. Kini Muhammad Adib ditempatkan di Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×