berita

Peguam Komen Tuduhan Rogol Juita Tak Sah, Ini Respon Pengarah

April 28th, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

Episod akhir drama rantaian popular Nur 2 baru-baru ini telah dikritik oleh seorang peguam berkenaan babak juita yang ditahan atas tuduhan merogol. Menurutnya, belum ada dalam sejarah Malaysia, seorang wanita ditahan atas tuduhan merogol.

Berikutan kritikan tersebut, pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohammedin tampil menjawab kritikan tersebut.

‘Adam cabar undang-undang berat sebelah..’

https://www.instagram.com/p/BwwWuYng2Oh/

Menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat mengucapkan terima kasih kepada peguam Zabetha yang memberi komen kepada dramanya itu. Dia mengaku sememangnya belum ada seorang wanita di Malaysia ini yang ditahan atas tuduhan merogol. Tapi, watak Adam lah yang mungkin lelaki pertama mencabar undang-undang berat sebelah di negara ini dalam Nur 3 nanti.

Menurutnya, undang-undang rogol yang dicipta adalah berat sebelah dan Adam hanya mahu mempertahankan dirinya yang menjadi mangsa kerakusan wanita. Tambahnya lagi, tiada istilah perogol untuk wanita tapi, realiti zaman sekarang ramai wanita yang berperangai seperti Juita.

Pengarah itu juga turut mengaku khilafnya tapi tetap mempertahankan babak tindakan adam yang membuat laporan polis. Baginya babak itu tidak salah, yang salahnya apabila polis menahan Juita atas tuduhan merogol. Sepatutnya dia mengarahkan Juita ditahan atas tuduhan gangguan seksual atau membuat tuduhan palsu.

Sumber: Budak Ijat

SKIP THIS AD ×