berita

Peguam Kongsi Kes Gadis Bisu Pekak Dirogol 9 Lelaki Nafsu Binatang

March 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Saban hari kita dilaporkan berita mengenai kes jenayah rogol yang semakin serius. Sudah ramai pelajar perempuan dan kanak-kanak menjadi mangsa kepada nafsu binatang ini sehingga mangsa mengalami trauma.

Seorang peguam iaitu Aminahtul Marrdiah dedah kisah kes mahkamah mengenai seorang pelajar bisu dan pekak dirogol 9 orang lelaki secara bergilir. Malah, mangsa juga tidak terdaya untuk mempertahankan diri selepas diberi minum segelas air coke.

Diheret masuk ke dalam bas

Seorang pelajar OKU telah dibawa lari oleh 9 orang lelaki lingkungan usia 16 hingga 20 tahun menaiki sebuah bas. Mangsa dibawa ke sebuah lokasi yang tidak diketahuinya iaitu sebuah kedai makan. Mangsa juga telah dibawa menaiki sebuah motosikal ke sebuah rumah suspek pertama.

Kaki dan tangan dipegang

Mangsa dibawa pulang semula ke kedai makan tadi dan diberikan segelas air coke untuk diminum. Badan mangsa menjadi lemah selepas meminum air tersebut. Seterusnya mangsa dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dengan menaiki motosikal manakala suspek yang lain turut membonceng motosikal ke lokasi. Pakaian mangsa dibuka dan hari berkenaan menjadi hari paling malang selepas mangsa dirogol 8 lelaki.

Direhatkan selama 30 minit

Mangsa tidak terdaya untuk melawan atau melepaskan diri kerana tangan dan kaki dipegang erat suspek. Selepas 30 minit, mangsa sekali lagi dirogol oleh 3 lelaki pula secara bergilir.

Merempuh keluar dan larikan diri

Mangsa dibawa ke sebuah rumah dan dibaringkan di dalam sebuah bilik. Tubuhnya benar tidak terdaya sehingga tertidur. Sekitar jam 4.00 pagi, mangsa tersedar dan cuba untuk keluar dari rumah berkenaan namun gagal apabila mendapat pintu bilik terkunci. Akhirnya, lebih kurang 3.00 petang mangsa berjaya melarikan diri dari rumah berkenaan dan berlari sepuas hati bagi mendapatkan bantuan.

Murung dan enggan ke sekolah

Mangsa turut dibantu oleh seorang pakcik berbangsa Cina yang telah memberikannya wang bernilai RM10 untuk menaiki bas. Mangsa terserempak dengan saudaranya dan membantu dibawa pulang berjumpa dengan ibu. Sepanjang sesi persekolahan, mangsa kelihatan murung dan enggan ke sekolah. Perubahan sikapnya itu menimbulkan persoalan dalam kalangan guru.

Suspek menafikan kenyataan

Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk mangsa menceritakan hal sebenar sehingga ibu mangsa membuat laporan polis. Seorang Pakar Psikiatri remaja telah menemuduga mangsa bagi mendedahkan hal sebenar.

Tegas melalui bahasa isyarat

Bagaimanapun, kesemua pelaku telah dijatuhkan hukuman penjara 5 hingga 8 tahun selepas didapati bersalah merogol dan melakukan kekasaran terhadap seorang gadis OKU.

Sumber: Aminahtul Marrdiah

SKIP THIS AD ×