Isu melibatkan para peguam pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang telah menarik diri daripada mengendalikan kes pengabaian dan penganiayaan remaja perempuan OKU pada Februari dan Jun 2021 lalu mendapat perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Siti Bainun Keseorangan, 2 Peguam Lagi Tarik Diri
Artikel Berkaitan: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Diarah Bela Diri Oleh Mahkamah
Tidak berkelapangan
Difahamkan, penarikan diri tersebut adalah disebabkan peguam-peguam berkenaan tidak berkelapangan dari Januari hingga Mac depan. Susulan itu, peguam yang mewakili Siti Bainun telah menerima pelbagai kecaman daripada orang awam.
Bagaimanapun, salah seorang daripada peguam terbabit, Nur Hafidzah Hassan yang turut menarik diri di saat akhir tampil memberikan penjelasan mengapa mereka ‘terpaksa meninggalkan’ Siti Bainun. Menerusi ruangan komen pada hantarannya di Instagram (IG), Hafidzah menjelaskan tiada siapa yang meninggalkan pengasas terbabit malah perkara itu bukanlah suatu hal yang melucukan.
Bukan itu sahaja, peguam popular ini turut memberitahu pertindihan tarikh menyebabkan mereka terpaksa menarik diri. Hal ini disebabkan oleh beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal. Bahkan, jelasnya, mereka juga sudah memaklumkan bahawa tidak berkelapangan pada Januari, Februari serta Mac malah telah memberitahunya sejak Disember lagi.
Terdahulu, Siti Bainun dikhabarkan telah menangis di kandang saksi semasa prosiding bela diri pada Selasa lalu. Sementara itu, hakim turut meminta agar dia mencari seorang sahaja peguam untuk untuk mewakilinya bagi meneruskan kes itu.
Sumber: Hafidzahhassan & Sinar Harian