berita

Berang Pemandu Bas Tak Buka Pintu Sewaktu Tiba Di Destinasi, Wanita Teruk Dikecam Netizen – ‘Kak, Bas Tu Ada Jadual Dia’

January 2nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Di aplikasi X, tular satu video memaparkan seorang wanita yang mengamuk dan memarahi seorang pemandu bas wanita di ibu kota.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita ‘Memekak’ Pemotong Rumput Kotorkan Kereta, Netizen Sekolahkan Balik – ‘Kereta Kau Sorang Je Baru Basuh’

Berang berhenti terlalu lama

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat wanita yang mengenakan baju berona merah gelap itu berang dengan pemandu bas berkenaan yang difahamkan tidak membuka pintu meskipun sudah berhenti di destinasi yang dituju.

Ingat awak seorang saja yang boleh rakam? Saya pun rakam tadi sewaktu awak berhenti lama di tepi jalan.

Saya scan to ride, scan untuk naik bas ini. Hanya kerana saya menggunakan perkhidmatan awam, korang buat kami macam ini ke? Kenapa tak boleh buka pintu untuk bagi saya masuk ke dalam stesen?

Walau bagaimanapun, pemandu bas berkenaan dilihat tenang menjawab provokasi yang dilakukan wanita berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia hanya mengikut jadual untuk mengambil penumpang seperti mana yang telah ditetapkan.

Dia ada masa untuk bas berlepas dan juga ada masa yang telah ditetapkan bila penumpang boleh turun untuk masuk ke dalam stesen.

Kalau adik bersikap begini, maknanya adik tak pernah naik bas.

Di akhir video tersebut, wanita berkenaan dilihat menggertak pemandu bas berkenaan untuk membuat aduan kepada pihak atasan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan.

Mereka juga memuji tindakan pemandu bas berkenaan yang begitu tenang melayan karenah penumpangnya itu.

Respon netizen

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×