Pelakon, Azhar Sulaiman mencuri tumpuan apabila memberikan pendapat mengenai gerakan boikot barangan Zionis menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Bidas Komen Sharnaaz Ahmad – ‘Berani Betul You Kondem & Rendahkan Intelektual I Ya’
Baik tolong orang di sana
Menerusi hantaran tersebut, Azhar yang lebih mesra disapa Behar ini berpendapat artis Malaysia yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.
Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong Hamas buat serangan pada 7 Oktober 2023 lalu, sila lah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang di sana.
Tambah pelakon berusia 52 tahun, mereka yang lantang bersuara itu juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dalam keadaan gembira.
Jangan sedap mulut ja ‘promote’ dan sokong orang lain pergi berperang.
Rakyat Gaza menderita dan korang teruskan hidup dengan gembira.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam selepas menerima kecaman daripada netizen.
Namun begitu, rata-rata netizen dilihat masih lagi meninggalkan kecaman terhadap Azhar menerusi ruangan komen di hantaran yang lain.
Komen netizen
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman