Di TikTok, seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Azri memberi penerangan tentang nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri mengikut hukum dan undang-undang Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus
Nafkah mengikut hukum Islam
Menurut Azri, terdapat empat perkara yang wajib diberikan suami kepada isteri sebagai nafkah iaitu tempat tinggal, pakaian, perubatan dan makan minum.
Nafkah isteri mengikut hukum dan undang-undang Islam merangkumi empat perkara iaitu makan minum, pakaian, tempat tinggal dan perubatan.
Bila suami dah sediakan empat perkara ini dah dikira suami bagi nafkah.
Jadi, duit poket tidak wajib lagi bagi suami bagi kepada isteri.
Tambah Azri, si suami juga mempunyai dua pilihan untuk menunaikan nafkah tersebut kepada si isteri.
Suami juga ada dua pilihan untuk tunaikan nafkah isteri iaitu suami sendiri yang uruskan empat perkara tadi atau berikan saja duit pada isteri untuk uruskan empat perkara tadi.
Video
@azrieyyyyy Part 43: nafkah suami kepada isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi 4 perkara iaitu makan minum, tempat tinggal, pakaian, perubatan. Dan semestinya bukan berikan duit pada setiap bulan, Kecuali isteri mendahulukan terlebih dahulu untuk menanggung segala kewajipan suami contohnya membayar rumah atau membelikan makanan harian dan suami wajib membayar balik dgn ‘DUIT’ pembelanjaan tersebut kecuali isteri redho dan ingin membantu suami. #lawyersyariekelantan #lawyersyarieazri #nafkah ? original sound – Pena Senja
Sumber: TikTok