berita

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’

November 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

izhar idrus poligami

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi pencerahan tentang hukum suami berpoligami tanpa izin isteri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Lain Jangan Bodoh Sangat, Dah Tahu Suami Orang Tapi Menggedik’ – Aisyah Hijanah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

izhar idrus poligami

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar dilihat sedang menjawab soalan jemaah yang hadir dalam sebuah majlis ilmu.

Pendakwah bebas itu menjelaskan bahawa hukum berpoligami adalah dibenarkan namun menegaskan para suami perlu mengenang jasa baik isteri pertama yang banyak berkorban sepanjang perkahwinan.

Yang dilarang adalah menghuru-harakan rumah tangga. Hukum poligami ini bukan disuruh tapi dibenarkan. Cuma ingat, isteri pertama jasa dia besar, dia sanggup berpisah dengan ibu bapa dia untuk duduk bersama kita. Dia sanggup berpisah dengan adik beradik dia untuk menemani hidup kita. Dia sanggup tinggal rumah dia untuk duduk rumah kita.

Dalam pada itu, sebagai salah satu cara menghormati isteri pertama, Ustaz Azhar berkata suami perlu duduk berbincang dengan isteri dan menjelaskan dengan baik tentang kehendak untuk bernikah lagi.

Biasanya kalau tak beritahu (isteri pertama), dia marah tak? Marah kan..sebab itu kena bincang elok-elok kerana bila berkahwin dengan isteri pertama, kamu kena ingat budi dia, jasa dia..bukan tak boleh kahwin dua.

Jadi kalau nak kahwin yang kedua, jangan sampai isteri pertama susah hati, berduka cita dan sebagainya. Buat yang terbaik.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, isteri pertamanya Aisyah Hijanah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

@rahmanrazali

Hukum suami poligami tanpa izin isteri- Ustaz Azhar Idrus #ustazazaharidrus #biartahujangankeliru #poligami #kahwindua

? original sound – Rahman Razali – Rahman Razali

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×