berita

Pejabat MB Kelantan Jawab Isu Beli Kereta Mercedes Benz Berharga Lebih RM600,000

January 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terbaru, viral pula di media sosial foto kereta mewah jenama Mercedes Benz dipercayai kenderaan rasmi milik Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob juga mendapat perhatian netizen. Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun memperjelaskan keputusan menggantikan kenderaan rasmi kerajaan itu.

Beli tahun lepas lagi

Menurut laporan Malaysia Kini, kerajaan negeri Kelantan menjelaskan fungsi kereta Mercedes Benz berharga lebih RM600 ribu dengan plat pendaftaran DV 1 adalah kenderaan rasmi baru buat kegunaan Menteri Besar.

Ya betul, yang kita tahu beli tahun lepas lagi. Untuk rekod, mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri bagi menggantikan kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri telah dibuat menerusi kenyataan timbalan menteri besar pada 12 September 2018 lagi.

Gantikan kenderaan lama

Kenderaan rasmi menteri besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikurnia oleh Tuanku Sultan Kelantan.

Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri besar dan exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.

Dan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di kenderaan rasmi baru menteri besar Kelantan yang mana telah mendapat ampun perkenan Tuanku.

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

SKIP THIS AD ×