berita

Pejabat Perdana Menteri Nafi Muhyiddin Yasin Langgar Arahan KKM, Tak Pakai Gelang Pink

October 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memakai gelang pengawasan semasa dalam tempoh kuarantin.

Isu pemakaian gelang

KKM hanya menasihati agar Perdana Menteri menjalankan tempoh kuarantin kendiri dan akan dipantau status kesihatannya selama 14 hari. Oleh demikian, beliau tidak diberikan gelang pengawasan kuarantin oleh KKM. Pejabat Perdana Menteri juga menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin melanggar arahan dan SOP KKM.

Keputusan ujian saringan Perdana Menteri yang telah dilakukan pada 5 Oktober 2020 disahkan negatif. Tambahan, beliau telah melakukan 3 kali ujian saringan dalam tempoh 3 minggu lalu dan juga didapati negatif.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

SKIP THIS AD ×