berita

Pekerja Kedai Dicekik, Diugut ‘Pakcik Serban’ Gara-Gara Tegur Tak Pakai Pelitup Muka

April 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sejak penularan pandemik Covid-19, sudah menjadi kewajipan buat mana-mana individu untuk patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bahkan, tindakan kompaun bakal dikenakan kepada mana-mana individu yang ingkar akan penetapan arahan tersebut.

Artikel Berkaitan: Kena Kompaun RM10 Ribu Letak Pelitup Muka Di Dagu

Bagaimanapun, seperti satu video yang dikongsi oleh sebuah kedai dikenali sebagai Masbukti memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak di ‘luar kawalan’ dan didakwa gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memasuki mana-mana premis. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.

Tidak pakai pelitup muka?

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video berdurasi kurang 40 saat itu, memaparkan tindakan seorang lelaki yang berbaju putih telah bertindak mengugut dan mencekik seorang pekerja di premis berkenaan. Bagaimanapun, kedai tersebut mendakwa pekerjanya diperlakukan sedemikian rupa berikutan menegur lelaki tersebut yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat kejadian.

Aiya, disuruh pakai mask dipukul pulak kita.

Bahkan, dapat dilihat pekerja tersebut cuba untuk berbincang dan menenangkan lelaki tersebut namun, pelawaannya ditolak.  Lapor Sinar Harian, lelaki berusia 50 tahun itu, telah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang telah dilakukan oleh mangsa yang berusia 22 tahun.

Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan.

Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Respon netizen

Sumber: Masbukti & Sinar Harian

SKIP THIS AD ×