berita

Kena Kompaun RM10 Ribu Letak Pelitup Muka Di Dagu

March 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Umumnya mengetahui, kadar kompaun bagi mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000. Kadar kompaun yang dikenakan adalah sebanyak 10 kali ganda berbanding kadar yang telah ditetapkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Dikompaun RM10 Ribu Gagal Scan MySejahtera Masuk Kedai Makan

Artikel Berkaitan: Denda RM10 Ribu Jika Ingkar SOP Covid-19 Bermula 11 Mac

Sebelum ini, seorang lelaki telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 gara-gara tidak mengimbas kod QR MySejahtera di sebuah restoran di ibu kota. Terbaru, lapor Kosmo Online, seorang lelaki di Parit Buntar, dikenakan amaun yang sama kerana meletakkan pelitup muka di dagu.

Tidak memakai pelitup muka dengan sempurna

Foto: Kosmo Online

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, kompaun tersebut dikenakan atas sebab lelaki itu tidak patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kompaun tersebut dikeluarkan Pasukan Pematuhan SOP PKPB yang membuat tugasan rondaan di kawasan tersebut. Lelaki tersebut didapati melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna apabila hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar kedai berkenaan pada pukul 1.20 tengah hari.

Ujar Mazuki, sebelum kompaun tersebut dikenakan, pemerhatian yang sewajarnya telah dibuat oleh pihaknya. Pada masa yang sama, beliau menggesa supaya masyarakat tidak sewewang-wenangnya mengecam pihak polis kerana mereka hanya menjalankan tugas dalam memastikan rakyat terus patuh akan SOP yang telah ditetapkan.

Polis hanya menjalankan tugasan mereka dalam penguatkuasaan SOP sebagaimana yang telah diperintahkan kepadanya mengikut peruntukkan bidang kuasa yang telah diwartakan.Dalam notis itu, lelaki itu diberi tempoh tawaran sehingga 1 April ini untuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan berjumpa dengan pegawai diberi kuasa untuk membuat rayuan.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×