berita

Pekerja Sah Positif Covid-19, Pejabat KWSP Shah Alam & Georgetown Ditutup

January 4th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Shah Alam dan Georgetown hari ini, 4 Januari 2021. Penutupan sementara pejabat ini berikutan daripada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses sanitasi dan disinfeksi, selepas beberapa pekerja disahkan positif Covid-19.

Langkah selamat

Foto: The Malaysian Reserve

Menurut laporan yang dipetik daripada laman web KWSP, pejabat KWSP Georgetown akan ditutup mulai Isnin sehingga Rabu, 6 Januari 2021. Manakala, bagi pejabat KWSP Shah Alam pula akan ditutup selama satu hari iaitu sehingga 5 Januari 2021.

Sehubungan dengan itu, pejabat KWSP Kota Kinabalu akan mula beroperasi seperti biasa mulai hari ini, selepas ditutup pada 31 Disember lalu. Bagi sesiapa yang telah membuat janji temu di cawangan yang terkesan, dinasihatkan supaya anda menjadualkan semula urusan anda melalui Janji Temu Online di laman web KWSP. 

Untuk mengambil langkah yang selamat, pihak KWSP telah membuat tindakan yang pantas dengan menutup sementara pejabat-pejabat yang terkesan untuk proses sanitasi dan pembersihan. Susulan itu, semua pekerja perkhidmatan cawangan-cawangan yang terkesan akan menjalani ujian swab test Covid-19. Jika ada yang didapati positif, mereka akan dikuarantin selama 10 hari mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber: KWSP.

SKIP THIS AD ×