Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun ditahan pihak polis gara-gara mencurahkan cecair yang dipercayai sabun ke mata rakannya.
Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Jatuh Bangunan Sekolah, Keluarga Syak Ada Sesuatu Tak Kena, Pelik CCTV Rosak Serentak
Mangsa sedang tidur ketika kejadian
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 19 Mei yang lalu ketika mangsa yang juga berusia 13 tahun sedang tidur di dalam bilik asrama sekolahnya.
Difahamkan, mangsa yang sedang tidur ketika itu secara tiba-tiba merasakan kedua-dua belah matanya sedang dicurahkan cecair yang dipercayai merupakan sabun.
Mangsa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan pemeriksaan pakar mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘Bilateral Eye Chemical Injury Grade 1’.
Tambah Yusri, pihak polis akan memanggil beberapa orang saksi termasuk guru serta pelajar lain membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sumber: Harian Metro