berita

Pelajar Berubah Bukan Guru Yang Tentukan – Respon Pakar Kaunseling Ini Undang Rasa Kurang Senang Guru?

August 1st, 2016 | by Ai
Kini Trending

aziz1.1

Baru-baru ini viral isu pelajar perempuan di sebuah sekolah ditampar ustazah dan menerima rawatan hospital di Kelantan. Ada yang menafikan, bahkan menyatakan bahawa gambar yang dimuatnaik adalah palsu. Tak kurang juga yang menyatakan bahawa pelajar itu sememangnya keras kepala dan bermasalah.

Hakikatnya, bukan semua ibu bapa mahu anak bermasalah. Bahkan mungkin saja mereka di rumah baik perilaku, tapi kerana sistem dan cara guru melayani kerenah mereka, itu yang menyebabkan mereka bertambah ‘masalah’. Jom baca pendapat brader ni tentang isu tersebut.

Bukan semua guru suka dengan tindakan saya dulu

Aziz2

Pelajar Berubah Bukan Guru Yang Tentukan

Saya ikuti rapat kisah ini.. siapa yang cakap tidak benar sebenarnya? Ikut secara dekat, kaji dan kita akan dapat jawapannya. Saya tak nak ulas siapa yang perlu dipersalahkan. Yang terlintas di kepala saya ialah.. apa pandangan orang sekeliling tatkala saya dalam situasi itu.. Sangat sedih.. Membaca komen guru yang menjadi viral saya sedar bukan semua guru yang suka dengan tindakan saya cuba menyelamatkan anak-anak bermasalah masa saya jadi guru dulu. Kepada anak didik ku, sedarlah kaliah, tindakan anda ingin membantu pelajar seperti kes ini agaknya dipandang @#%*&# oleh setengah orang. Mereka mengharapkan budak seperti ini dibuang dari sekolah, kurang sikit semak mata mereka memandang.

Siapa lagi kita nak harapkan jika anak bermasalah?

Aziz3

Post dulu saya cerita tentang pelajar yang bermasalah dan akhirnya menjadi tokoh belia Negara dan Asean. Dulunya juga setengah guru mengharapkan pelajar seperti ini dibuang dari sekolah. Soalannya pada siapa lagi kita nak harap jika anak kita bermasalah dan siapa perlu kita minta bantuan? Polis? Jabatan Kebajikan Masyarakat? AADK? Sedapat yang boleh diperingkat sekolah gurulah selesaikan kes seperti ini. Setakat tudung singkat, kain ketat, cukur bulu kening, kalau kita ada cara kita boleh buatkan pelajar itu ikut cakap kita.

Nak semua pelajar ni baik je

aziz6

Mereka boleh berubah jika kita usaha lebih, adakah guru yang menyampah dan benci kepada pelajar ini sudah berusaha sehabis-habis usaha untuk membantu dia? beri kursus demi kursus, buat program, duduk berjam-jam dengan dia, dengar masalah dia.. saya rasa belum lagi .. Saya teringat ketika melatih jurulatih PLKN dahulu, saya terharu sebab mereka menerima pelajar atau pelatih yang mempunyai kes yang lebih teruk,GRO, ibu ayam, bapa ayam, pengedar dadah semuanya ada. Tetapi setelah mendapat latihan mereka mendengar dan membantu dan banyak yang berjaya hinggakan hubungan mereka rapat walaupun pelatih itu sudah keluar PLKN. Di sekolah saya kira tidak terlalu ramai pelajar yang bermasalah. Saya nampak seolah-olah setengah guru inginkan pelajar yang berada di sekolah semuanya baik-baik.

Nabi & Rasul pun ada yang diuji gagal juga

aziz5

Ingatlah Allah jadikan kita untuk selesaikan masalah dunia, Allah melihat siapa yang alihkan batu di tengah jalan, Allah melihat siapa yang membersihkan daun yang digugurkan. Allah jadikan pelajar bermasalah kerana nak lihat siapa yang membantu pelajar seperti itu. Para Nabi dan Rasul dulu punya berbagai mukjizat tapi saya tak dengar mukjizat yang bila cakap semua orang akan ikut dan berubah. Jika nak dikirakan kerja anda sebagai Guru BK gagal maka dulu kala Nabi dan Rasul juga gagal.. hinggakan anak, isteri, pakcik dan datuk sendiri tidak dapat diselamatkan.

Simpati dengan ibu bapa punya anak bermasalah

aziz4

Kita tak belajar daripada apa yang Allah tunjukkan dari kisah-kisah lalu. Kalau nak salahkan ibubapa, sila salahkan Allah dulu kerana menjadikan manusia bermasalah. Saya simpati kepada ibubapa yang punya anak bermasalah bukan mereka nak pun. Baru-baru ini saya berjumpa dengan anak didik saya 24 tahun yang lalu. Merekalah yang membantu saya menyelesaikan segala permasalahan pelajar seperti buli dan sebagainya.

Melihatkan mereka sekarang saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik dengan layanan yang kami berikan mereka jadi manusia, ibu bapa yang baik pada anak-anak mereka. Pendakwah terkenal Uztaz Ebiet Liew juga anak yang nakal dan bermasalah, ramai guru tidak suka dan benci dia, oleh kerana seoarang guru matematik, (katanya) hanya seorang guru.. yang mengambil tahu dan memahaminya lalu dia berubah.. JADILAH SEPERTI GURU ITU.. Wallahualam.

Sumber: FB Aziz Yatim

SKIP THIS AD ×