berita

Pelajar Cedera Dibelasah Senior Gara-Gara Berebut Pelajar Perempuan

January 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara berebut pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki tingkatan empat dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar senior di sebuah sekolah teknik di Melaka.

Dipanggil masuk bilik asrama

Mangsa cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki (Foto: Astro Awani)

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, pelajar senior terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa meminati pelajar perempuan yang sama di sekolah tersebut. Mangsa kemudian dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar senior tersebut di sebuah bilik di asrama berkenaan sekitar jam 2 pagi pada Sabtu lalu.

Setibanya di sana, mangsa dikelilingi 10 pelajar senior dan mereka bertindak agresif dengan membuli mangsa hingga mendatangkan kecederaan di bahagian belakang badan, dada dan kaki.

Mangsa mulanya dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar tingkatan lima di bilik asrama yang mana terdapat kira-kira 10 senior kononnya bertanyakan hal berkaitan rokok elektronik sebelum dia didakwa dipukul beramai-ramai.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mendakwa dibuli kerana isu berkenaan, namun siasatan lanjut mendapati motif kejadian itu berpunca daripada perebutan seorang pelajar perempuan.

Menurut Asisten Komisioner Christopher Patit, abang mangsa yang mengetahui insiden berkenaan telah melaporkan kepada pihak polis.

Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis. Bagaimanapun, sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo Online, Astro Awani

SKIP THIS AD ×