berita

Pelajar Conteng Baju Dengan Perkataan Kesat Disaman Polis

March 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tular sekeping foto di media sosial di mana dua pelajar dipercayai calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), yang menconteng uniform sekolah dengan perkataan kesat. Foto tersebut bagaimanapun, mengundang amarah dan kecaman daripada netizen kerana tindakan mereka yang disifatkan sebagai biadab.

Susulan daripada itu, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Kota Bharu, telah tampil memohon maaf atas tindakannya sebelum ini dan mengaku bersalah.

Artikel Berkaitan: Pelajar SPM Conteng Baju Sekolah Dengan Kata-Kata Kesat Terhadap Guru

Terbaru, lapor Harian Metro, pelajar terbabit telah disaman oleh pihak polis atas sebab menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Saman dikeluarkan

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superintendan, Mohd Zamri Mohd Rowi, dua pelajar tersebut telah berjaya dikenal pasti dan saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan. Difahamkan, antaran saman yang telah dikeluarkan adalah tidak mempunyai lesen memandu, kesalahan nombor pendaftaran dan motosikal tidak dilindungi insurans.

Kita sudah keluarkan saman kepada pemilik kenderaan yang dinaiki dua pelajar berkenaan pada pagi tadi selepas berjaya mengesan mereka. Saya nasihatkan patuhi undang-undang dan hormati guru.

Sebelum ini, dua pelajar tersebut dan pemilik motosikal itu telah dikenakan tindakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×