Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu sidang media tadi melaporkan terdapat satu kluster baharu dikesan. Kluster ini dikenali sebagai Kluster Kidurong di Sarawak yang melibatkan enam kes.
Ahli keluarga juga positif
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/547606682576950/
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan kes indeks bagi kluster itu adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikesan positif pada 12 Jun 2020.
Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati ahli keluarga beliau juga positif COVID-19 membabitkan ibu, bapa dan dua adik-beradiknya. Seorang rakan kepada bapa kes ini juga didapati positif COVID-19, menjadikan ia sebuah kluster baharu di Kidurong.
Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat dijalankan dengan membabitkan seramai 231 orang dikenal pasti, setakat ini. Seramai 163 orang sudah disaring dan kesemua mereka negatif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
Enam jangkitan baharu dilaporkan
Foto hiasan
Tambah Ketua Pengarah Kesihatan lagi, laporan kesihatan terkini melihatkan 70 kes pulih dan dibenarkan discaj.
Mereka telah diasing dan diberikan rawatan. Enam jangkitan baharu dilapor membabitkan dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu seorang warga Malaysia dan seorang bukan warganegara bertaraf pemastautin tetap.
Sumber: Buletin TV3