Foto: CNN
Di Twitter, ada beberapa pihak meluahkan rasa terkesan dengan kontroversi yang telah berlaku di antara seorang pelakon dengan sebahagian besar peminat K-Pop di seluruh negara. Antara golongan yang dipercayai paling terkesan dengan kontroversi tersebut ialah pelajar yang sedang belajar di Korea Selatan.
Artikel berkaitan: Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-Pop
Artikel berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?
Artikel berkaitan: Terpalit Kontroversi Didakwa Hina K-Pop, Nazim Othman Tampil Mohon Maaf
Kena remove dari group belajar
Menerusi satu tweet, seorang pengguna telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang sedang belajar di Korea. Menurut individu tersebut, pelajar di sana telah dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp tugasan universiti mereka.
Walaupun perkongsian tersebut didakwa masih belum disahkan sendiri oleh Kedutaan Malaysia yang berada di sana, terlihat ramai individu meluahkan rasa terkesan dengan kontroversi berkenaan kerana ianya melibatkan nama Malaysia. Malah, mereka turut khuatir akan ada ramai lagi pelajar yang akan menerima nasib yang sama hanya disebabkan kontroversi tersebut.
Not their fault
Setakat ini, hashtag mengenai pelakon tersebut masih lagi trending di Twitter dan hampir puluhan ribu ciapan dibuat menggunakan hashtag tersebut.
Sumber: Twitter