Baru-baru ini, media melaporkan berita mengenai dua orang pelajar Malaysia yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand.
Artikel Berkaitan: Influencer Selamat Kahwin Buat Kali Ke-3, Terima Mercedes Sebagai Mas Kahwin
Artikel Berkaitan: Influencer ‘Dicerai’ 8 Hari Lepas Bernikah Titip Ucapan Untuk Madu -‘Ubah Perangai, Saya Tak Ambil Cinta Orang’
Pelajar maut di New Zealand
Bagaimanapun, siapa sangka bahawa salah seorang pelajar yang terkorban iaitu Wan Adlina Alisa sebenarnya merupakan sepupu kepada pempengaruh media sosial, Elcah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah memberitahu dia dan ahli keluarganya terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita tersebut. Namun, mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
Macam tak percaya tapi kami kena percaya! Tak apa, semoga Alisa ditempatkan dengan orang yang baik-baik di sana (akhirat). Kami semua sayangkan Wan Adlina Alisa.
Saya nak minta semua pengikut untuk sedekahkan al-Fatihah buat sepupu saya.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Elcah berkata dia dan keluarga tidak menyangka akan menerima berita sedih itu dalam keterujaan mereka menyambut 10 malam terakhir Ramadan.
Ya! Kita orang yang sepupu pun macam tak percaya apatah lagi ibu bapa arwah. Alisa muda dan baik sangat budaknya, tak nak menangis tapi rasa sebak sangat!
Mengetahui perkara ini secara tiba-tiba, semua teruja mengenai 10 malam terakhir Ramadan tapi Allah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang. We all love you Alisa.
Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua pelajar maut dalam insiden itu pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan, Sabtu lalu.
Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan membabitkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.
Pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.
Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut Universiti of Canterbury, manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington.