berita

‘Pelajar Mengaku Terlibat Aktiviti Pelacuran, Penjaga Tak Pernah Tahu’ – Ustazah Asma’

February 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Sebelum ini, aplikasi atas talian Sugarbook yang menawarkan perkhidmatan Sugar Daddy dan Sugar baby hangat dibincangkan oleh warganet. Apa yang lebih mengejutkan, apabila negara Malaysia tersenarai antara tiga negara yang teratas menggunakan aplikasi tersebut yang didahului dengan negara India dan Indonesia.

Artikel Berkaitan: Konon Dedah Malaysia Ramai ‘Sugar Daddy’, Akses Sugarbook Akhirnya Disekat SKMM

Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

Susulan daripada isu yang hangat diperbincangkan ini, pendakwah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun, tampil memberikan respon menerusi satu status yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Aplikasi zina kelas atasan

Sekadar Gambar Hiasan

Ustazah Asma’ menjelaskan akhir-akhir ini dia banyak menerima luahan daripada pelajar universiti yang terlibat dengan kancah pelacuran yang sama sekali tidak diketahui oleh keluarga mereka. Bahkan, ibu bapa yang berada di kampung meletakkan 100% kepercayaan kepada anak mereka dengan harapan yang tinggi mahu melihat anak-anak mereka berjaya.

Ada sisi dunia remaja hari ini yang telah menjadikan media sosial sebagai kiblat hidup mereka, mula keinginan untuk diterima masyarakat (self-acceptence), nak dilihat hebat (sense of competition) dan ketagihan penghargaan dan perhatian. Media sosial telah membentuk gambaran gaya hidup yang diimpikan, lalu timbul keghairahan untuk mencapainya, merasuk dan menjalar hingga ke tulang. Apa sahaja cara walau salah dan kotor dipejamkan mata, ditulikan telinga dan dibutakan hati, agar yang penting aku dapat, aku yang untung, aku yang rasa.

Jelasnya lagi, remaja kini lebih berfokus untuk kesenangan semata-mata dan mudah terikut dengan apa yang terpampang di media sosial. Pada masa yang sama, disebabkan ingin mengejar cita-cita, mereka sanggup mengabaikan agama demi memuaskan nafsu mereka.

Peringatan buat semua

Sekadar Gambar Hiasan

Pada masa yang sama, Ustazah Asma’ turut menjelaskan niatnya berkongsi mengenai aplikasi ini bukan untuk menakutkan mana-mana pihak tetap ingin memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai aplikasi ini terutamanya pengguna Muslim.

Saya bukan ingin menakutkan, ini peringatan keras untuk diri saya sendiri. Saya juga muhasabah diri, banyak yang perlu dibaiki dan bina hubungan lebih akrab dengan anak agar mereka menjadikan saya tempat rujukan. Secara jelas, Sugar book bukan sekadar dating apps, taglinenya sahaja sudah jelas menyatakan bahawa Sugar Book ialah laman sosial yang dibina untuk Romance Meet Finance iaitu Keromantisan Bertemu Dengan Kewangan. Melalui laman ini, para Sugar Daddy atau Sugar Mummy yang terdiri daripada lelaki dan wanita berusia 35 tahun ke atas dan memiliki status kewangan yang kukuh akan memburu Sugar Baby mereka yang berusia sekitar 30 tahun ke bawah yang memerlukan kewangan.  Apapun sebab cara ini tidak sesekali diterima oleh Islam dan semua agama serta budaya.

Jelasnya lagi, aplikasi tersebut secara tidak langsung memudahkan seseorang itu untuk berzina kerana ianya mudah untuk diakses oleh sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga yang memberikan alasan keadaan mereka yang terdesak yang menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang bagi menyara kehidupan yang semakin mencabar saban hari.

Kegiatan pelacuran moden seperti ini perlu dibanteras secara drastik, keras, segera oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan yang ada kuasa, ibu bapa penjaga dan masyarakat. Jika tidak, walaupun mungkin kita dan ahli keluarga tidak terlibat, lalu hanya dibiarkan sahaja, bimbang sikap kita seperti termasuk dikalangan yang redha kepada maksiat.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

SKIP THIS AD ×