berita

Pelajar Sekolah Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ketika Pulang Sekolah, Mat Motor Tunjuk Isyarat Lucah

April 6th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini, keganasan jenayah seksual semakin bertambah saban hari. Peristiwa hitam tersebut, secara tidak langsung membuatkan mangsa menjadi trauma dan sekali gus memberi kesan terhadap emosi mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Abang Saya Orang Baik, Pakai Jubah, Serban…’ – Ibu Tergamam Bila Anak Cerita Dirogol Lima Kali Oleh…

Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…

Artikel Berkaitan: Gadis Mengaku Hidap Kanser Nak ‘Cover’ Perut Semakin Membesar, Bila Disiasat Angkara Bapa

Seperti perkongsian seorang gadis di laman Twitter, mendakwa dia telah menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki ketika dalam perjalanan balik dari sekolah.

Jadi mangsa gangguan seksual

Jelas gadis ini, ketika kejadian itu berlaku dia memakai uniform sekolah dan pada masa yang sama turut memakai pelitup muka dan topi keledar. Namun, secara tiba-tiba datang lelaki tidak dikenali yang menghampirinya ketika dia sedang membawa motosikal. Alahai!

Mula tunjuk aksi pelik

Apa yang lebih mengejutkan apabila lelaki yang tidak bertanggungjawab itu bertindak di luar kawalan dengan menunjukkan tangannya yang seolah-olah sedang ‘meramas’.

Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga dipercayai berulang kali melihatnya. Namun, apa yang menjadi persoalan apabila, pakaian yang dipakai oleh gadis tersebut sama sekali tidak ‘menjolok mata’ bahkan pakaian yang dipakainya juga labuh dan sama sekali tidak mengundang mana-mana lelaki itu ‘naik syahwat’ terhadapnya.

Trauma dengan apa yang terjadi

Ujar gadis ini lagi, kejadian tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa trauma dan marah terhadap lelaki itu. Namun, apa yang menyedihkan apabila dia tidak sempat untuk mencatat nombor pendaftaran kenderaan lelaki itu.

Pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap pelajar sekolah.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×