berita

Pelajar Tembak Mati Cikgu Sebab Tak Puas Hati Markah Exam Rendah

December 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang guru Bahasa Inggeris meninggal dunia selepas ditembak oleh pelajarnya di salah satu sekolah di Arab Saudi. Guru yang juga warga Mesir itu meninggal dunia di sebuah hospital di Riyadh setelah cedera parah akibat ditembak selepas pertengkaran dengan salah seorang pelajarnya.

Ditembak di kepala

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan yang dipetik dari Gulf News, kejadian itu dipercayai berlaku setelah seorang pelajar berusia 13 tahun tidak berpuas hati dengan markahnya dalam peperiksaan yang mencetuskan pertengkaran antara dia dan gurunya. 

Susulan itu, remaja terbabit menunggu di luar sekolah bersama saudaranya yang berusia 16 tahun. Dia kemudian menembak gurunya di kepala dan menyebabkan mangsa parah dan dibawa ke hospital. 

Mangsa, Abdul Tawab menghabiskan masa terakhirnya hampir seminggu di unit rawatan rapi sebelum dia meninggal dunia akibat kecederaan daripada tembakan itu. Kerajaan Mesir juga mengesahkan kematian warganya di bumi Saudi. Namun, mereka turut menyatakan keyakinan pihak kerajaan Mesir terhadap badan kehakiman Arab Saudi untuk menghukum remaja itu.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Mesir di Luar Negara, Nabila Makram Abdul Shaheed berkata siasatan mengenai kejadian itu akan dilakukan dengan kerjasama kedutaan Mesir di Riyadh dan juga Kementerian Penerbangan Awam Mesir untuk mempercepatkan kepulangan jenazah ke tanah Mesir atas permintaan keluarganya.

Sumber: Gulf News.

SKIP THIS AD ×