Bagi peminat filem-filem Korea, OHBULAN! pasti anda memang tidak asing lagi dengan aktor terkenal, Lee Byung Hun, 42, dan juga Lee Min Jung, 31. Kedua-duanya pernah muncul dengan beberapa filem dan drama popular mereka sendiri.
Menerusi AllKpop, kedua pelakon ini dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Ogos ini selepas Lee Byung Hun selesai dengan jelajah promosi filem Hollywood-nya, G.I Joe 2.
Lee Byung Hun dalam filem G.I Joe
Berita ini diterima melalui agensi Lee Byung Hun sendiri iaitu BH Entertainment.
Bagi yang masih samar-samar mengenai Lee Byung Hun, aktor ini pernah membintangi drama popular Korea, Iris dan juga Iris The Movie. Dia juga memegang watak Storm Shadow dalam filem G.I Joe.
Manakala Lee Min Jung pula mula mencipta nama menerusi episod bersiri, Boys Over Flower.