berita

Pelakon Kanak-Kanak, Ibu & Jurukamera Disahkan Positif Covid-19

April 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa dan ibunya yang dikenali dengan nama Syira disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland.

Selain pelakon cilik ini, seorang jurukamera iaitu Ambia Ahmad turut dijangkiti wabak maut ini dan dia kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh.

Pelakon cilik demam, positif Covid-19

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon cilik yang baru sahaja berusia 6 tahun ini dikatakan mengalami demam sejak dia berada di Scotland lagi manakala ibu Rayqa yang turut menemaninya sepanjang penggambaran itu berkata dirinya langsung tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19.

Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19.

Tambahnya lagi, sepanjang berada di Scotland mereka dikatakan sentiasa menitikberatkan tentang isu kebersihan dan penjagaan kesihatan. Difahamkan, Rayqa dan ibunya kini sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Jurukamera positif Covid-19

https://www.instagram.com/p/B-vTnejnTP1/?utm_source=ig_web_copy_link

Sementara itu, Norimy Aimi iaitu salah seorang kru produksi menerusi akaun Instagramnya ada memaklumkan mengenai keadaan Ambia Ahmad yang dijangkiti Covid-19. Difahamkan turut dijangkiti wabak maut tersebut ialah Rahila Ali iaitu pengarah drama Demi, Sue merupakan penolong pengarah dan jurusolek Aishah.

Difahamkan sekarang Ambia beransur pulih, tapi masih dalam ICU.

Menceritakan kisah itu, Norimy memberitahu sebaik sahaja pihak produksi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 31 Mac yang lalu, pihak ambulans terus datang dan membawa Ambia ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Harian Metro, Norimy Azmi

SKIP THIS AD ×