Aksi Reza Rahadian mencium heroin gandingannya di dalam drama My Lecturer My Husband, Prilly Latuconsina telah mengundang kritikan dan kecaman dari warganet selepas aktress itu berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Ditinggalkan Sejak Usia 6 Bulan, Reza Rahadian Mengaku Terpaksa ‘Tipu’ Bapa Sudah Meninggal Dunia Kerana..
Artikel Berkaitan: Lelaki Minta Drama ‘Layangan Putus’ Dihentikan, Ramai Isteri Mula Curiga Dengan Suami Sebab Reza Rahadian
Sambutan hari jadi Reza
Menerusi hantaran tersebut, Prilly atau nama sebenarnya Prilly Mahatel Latuconsina telah menghadiri ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang ke-36 tahun baru-baru ini.
Difahamkan mereka berdua adalah kenalan rapat dan kehadiran pelakon wanita berusia 27 tahun itu bersama-sama rakan-rakan Reza yang lain adalah untuk memberikan kejutan kepadanya.
Dia juga meninggalkan kapsyen manis buat pelakon lelaki itu.
Hari kelahiran kesayangan kita semua.
Walau bagaimanapun, momen yang dikongsikan Prilly telah mendapat kecaman daripada warganet kerana mereka kurang senang melihat aksi aktor drama Layangan Putus itu memeluk erat dan mencium pipi Prilly ketika di majlis tersebut.
Geli tengok. Belum halal tapi sampai macam tu sekali cium.
Ibu bapa Prilly tak marah ke tengok anak dia bebas kena cium macam tu?
Bukan muhrim mana boleh berkelakuan macam ini.
Sumber: Instagram