berita

‘Pelakon Macam Ni Sepatutnya Kena Buang Dalam Industri Seni’ – Isteri Caprice Beri Komen Pedas Isu Tersuka Suami Orang

February 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan rasa marah apabila seorang pelakon wanita cuba mendekati suaminya. Ujar Bella, pelakon tersebut telah missed call suaminya sebanyak 7 hingga 8 kali pada waktu pagi. Lebih teruk, pelakon itu mengaku tersuka Aliff.

Artikel berkaitan: ‘Dia Kata Tersuka Suami Saya’ – Bella Astillah Dedah Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz, Kantoi Missed Call Banyak Kali!

Berikutan daripada itu, isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis turut bersuara memberi pandangan peribadinya berhubung isu tersebut.

Harus buang daripada industri

Menerusi Instagram Story, Farra berkata pelakon seperti ini seharunya dibuang daripada industri seni hiburan.

Ya Allah weh? Bila nak habis cerita bodoh macam ni? Betina-betina sekarang memang sanggap kot*y laki orang ke? Pelakon-pelakon macam ni sepatutnya kena buang dalam industri seni. Memalukan. Ini satu hal. Kalau dah betina tu gatal sangat, si jantan pun ramai yang tak sedar diri. Anak bini pun tak mampu nak bagi keperluan cukup. Aish, benci betul aku hal-hal macam ni.

Pada masa yang sama, Farra seakan mendakwa insiden seperti ini tidak akan berlaku sekiranya pihak lelaki tidak melayan wanita tersebut.

Kesimpulannya, tak boleh nak salahkan sebelah pihak.. Dua-dua memang bodoh. Allah bagi kepala otak suruh fikir kau pergi guna kepala kutuk. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. So fikir-fikirkanlah wahai. netizen yang bijaksana.

Sumber: Farra Inalis

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×