Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani baru-baru ini dilaporkan sudah bercerai dengan suaminya Antonio Dedola. Berikutan itu, timbul dakwaan dia meminta bayaran selepas melakukan hubungan kelamin bersama suaminya.
Artikel Berkaitan: Nikita Tak Kisah Dicop Pelacur, Rela Serah Diri Untuk Kekasih
Artikel Berkaitan: Doa Jadi Ketua Keluarga & Imam Yang Baik, Kekasih Nikita Mirzani Peluk Islam
Artikel Berkaitan: Pelakon Mengaku Kerap Berzina Tapi Tak Pernah Tinggal Solat Subuh- ‘Yang Berdosa Itu Saya, Yang Sedap Juga Saya’
Atas dasar cinta
Antonio sebelum ini mendedahkan perbualan antara dia dan Nikita berhubung bayaran tersebut.
Awak perlu pulangkan wang saya, dan awak juga perlu membayar saya selepas bercinta dengan saya. Okay? Adil?
Mungkin lebih dari RM 907,657 (3 billion Rupiah)? Awak ada wang sebanyak itu?
Susulan itu, Nikita tampil menegaskan bahawa dia tidak pernah menetapkan sebarang bayaran selepas melakukan hubungan intim seperti yang didakwa, malah hubungan mereka adalah atas dasar cinta.
Mengulas lanjut, aktres berusia 38 tahun itu berkata bekas suaminya sengaja mengungkit tentang pemberian barang-barang dan wang kepadanya. Oleh sebab itu, dia juga mengungkit tentang hal yang sama termasuk hubungan seksual mereka.
Tidak (tetapkan bayaran). Saya bukan pelacur! Tapi dia meminta barang-barang yang diberikan kepada saya, berbentuk hadiah dan perlu dikembalikan kepadanya dalam bentuk wang.
Saya bertanya lagi, kalau begitu awak perlu membayar saya juga. Bayar untuk kepuasan yang saya berikan kepada awak. Boleh tak?
Ibu kepada tiga orang anak itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak pernah menentukan kadar bayaran ketika bersama suaminya dan mengakui bahawa mereka berdua tidak dapat mengawal emosi ketika berkomunikasi sebelum ini.
Tidak sama sekali, dia cintakan saya begitu juga saya cintakannya. Tetapi sebab ketika dia bercakap dengan penuh emosi, saya pun jadi begitu. Jadi jangan jadi lelaki seperti itu.
Sebagai lelaki, adalah awak membayar isteri awak setelah awak tidur denganya berkali-kali? Tidak bukan?
Terdahulu, pasangan ini dilaporkan bercerai setelah hanya empat bulan mendirikan rumah tangga iaitu pada awal tahun ini. Perceraian ini merupakan perceraian keempat untuk Nikita.
Nikita kemudian menuduh Antonio melarikan barang kemas mewah dan beg tangan berjenama kesayangannya.
Sumber: Detik.com