Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mendedahkan bakal suaminya menjalinkan hubungan terlarang bersama rakan sekerja sehingga menyebabkan mereka membatalkan niat untuk berkahwin.
Artikel Berkaitan: Isteri Kecewa Suami Kantoi Tawar Servis Sek* Secara Online – ‘Gambar Dalam Keadaan Yang Mengaibkan Bersama Perempuan ..’
Artikel Berkaitan: Pegawai Peras Ugut Penduduk Kampung, Didakwa Tawar Hubungan Seksual Jika Tak Mampu Bayar Dengan Wang
Kekecewaan seorang wanita
Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian personaliti media sosial, Caprice mendedahkan luahan wanita tersebut yang dihantar melalui mesej di Instagram (IG) miliknya.
Menurut wanita itu, dia dan bakal suami sudah lapan tahun bercinta dan bercadang untuk bernikah April ini namun impiannya musnah apabila mengetahui lelaki tersebut mempunyai hubungan bersama rakan sepejabat.
Dua tahun lepas dia mula kenal dan terjebak dengan salah seorang rakan sekerja yang ada buat ‘darkside’ dan buat servis ‘friend with benefits’. Lepas kantoi awal tahun lepas dia terus cerita benda sebenar dekat keluarga dia.
Akibat perbuatan terkutuk itu, dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka manakala lelaki tersebut seolah-olah telah dibuang keluarga.
Kami akhiri hubungan kami dan ibunya tak izinkan dia jejak rumah. Dia sekarang dah macam sebatang kara..adik beradik dia pun buang dia dari group WhatsApp.
Walaupun kekecewaan tersebut telah memberikan kesan buruk terhadap kesihatan fizikal dan mental wanita berkenaan namun dia tetap bersyukur perkara tersebut terbongkar sebelum dia mendirikan rumah tangga.
Saya hilang 20 kg dalam beberapa bulan dan terpaksa belanja beribu-ribu ringgit untuk terapi dan ubat-ubatan untuk membantu kesihatan mental saya. Tetapi saya bersyukur Allah tunjukkan benda ni sebelum kahwin.
Perempuan itu gembira dengan pasangan barunya (suami orang & rakan sekerja) sedangkan saya terpaksa hadap kesan daripada tindakan mereka.
Sumber: IG Caprice