berita

Pelanggan Makan Sotong RM100 Mohon Maaf, Dakwa Ada Orang ‘Screenshot’ Gambar Resit

November 25th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial ‘aduan’ pelanggan yang mendakwa terpaksa membayar RM100 untuk hidangan sotong goreng ketika menjamu selera di sebuah kedai kasi kandar popular di Pulau Pinang.

Namun begitu, pemilik kepada resit berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar.

Artikel berkaitan: Viral Dua Ekor Sotong Segar Cecah RM100, Wakil Restoran Bagi Penjelasan – ‘Kami Ada Meletakkan Tanda Harga Bagi Setiap Menu’

Hanya salah faham

Menerusi hantaran di Facebook, pemilik kepada resit yang membeli sotong tersebut memohon maaf di atas salah faham yang telah berlaku. Individu berkenaan menjelaskan bahawa dia sedar akan harga bagi seekor sotong segar itu berharga RM50.

Saya dan pasangan mengambil dua ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor.

Dia turut menyatakan bahawa yang dia sendiri melihat pemilik restoran itu key in harga tersebut dan tidak membantah malah membayarnya tanpa sebarang masalah kerana sudah mengetahui harganya masih sama dan tiada perubahan walaupun dia sudah makan beberapa kali di restoran berkenaan.

Sebelum ini saya juga pernah pergi ke restoran yang sama dan order makanan yang sama, jadi saya tahu dengan harga makanan berkenaan sama dengan sebelum ini.

Hanya upload di Instagram

Menurutnya lagi di dalam hantaran Facebook itu, dia hanya memuat naik gambar sotong tersebut di Instagram dan tidak meletakkan sebarang kapsyen yang menyatakan harga mahal atau sebagainya. Namun, ada pihak yang telah screenshot posting berkenaan dan memuat naik di laman Facebook dan mengatakan sebaliknya.

Hati-hati kawan-kawan, yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah sampai RM100.

Jelasnya lagi, posting berkenaan telah viral disebabkan kapsyen sebegitu dan dia turut menjelaskan bahawa harga bagi dua ekor sotong berkenaan tidak lah mahal kerana saiznya yang besar dan berbaloi.

Saya tidak berniat untuk viralkan posting berkenaan, tetapi ada pihak lain yang telah screenshot dan memuat naik di laman Facebook dengan seakan akan ingin mengatakan saya mengadu tentang harga berkenaan

Dia berharap agar orang ramai tidak salah faham lagi dengan penjelasannya itu dan memohon maaf di atas kesalahannya dan juga bagi pihak yang memviralkan posting tersebut.

Sumber: Hameediyah Restaurant

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×