Foto: Mohd. Faris Zulkarnain
Sebelum ini, tular di media sosial perkongsian seorang lelaki yang mendakwa dia perlu membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196
Artikel Berkaitan: Viral Pelanggan Bayar RM1,196 Bagi Seekor Ikan Siakap Di Langkawi, Ini Kisah Sebenar Dikongsi Pemilik Restoran
Selepas menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya, pemilik restoran berkenaan tampil memberikan respon dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Respon terbaru pelanggan
Foto: Mohd. Faris Zulkarnain
Terbaru, individu yang dikenali sebagai Mohd. Faris Zulkarnain menerusi satu hantaran di Facebook, sekali lagi tampil memberikan penjelasan berhubung kes ikan siakap yang hangat diperkatakan oleh wargamaya.
Ujar lelaki ini, perkongsian tersebut bukanlah untuk mengaibkan atau menjatuhkan mana-mana pihak dan dia sama sekali tidak berniat untuk mencari perhatian pun publisiti.
Perkara utama kepada apa yang ditimbulkan ialah berat ikan yang disediakan kepada kami adalah sangat tidak wajar dan jauh daripada kebiasaan. (Kami tempah ikan siakap untuk 7 orang makan. Yang kami terima ialah ikan yang sangat besar seberat 7.48 KG).
Pada masa yang sama, lelaki ini turut menafikan beberapa dakwaan yang dilemparkan oleh restoran berkenaan kepada media tempatan.
Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran (ikan show) dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan. Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun. Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram.
Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega. Saiz ikan yang ditunjukkan kepada kami (dengan anggaran tangan) sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.
Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu. Pihak kami juga ingin menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.
Telah buat laporan kepada pihak berwajib
Foto: Mohd. Faris Zulkarnain
Mengulas lebih lanjut, lelaki ini telah membuat laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan bersedia untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.
Pada masa yang sama, dia turut berharap penjelasan yang diberikan dapat menjernihkan isu tersebut dan dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.
Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami. Namun, telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi. Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain.
Sumber: Mohd. Faris Zulkarnain