Sejak semalam, kecoh di media sosial perkongsian seorang lelaki yang mendakwa ‘terpaksa’ membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah. Perkongsian lelaki ini bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang bertindak mengecam restoran berkenaan.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat
Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…
Kisah sebenar dikongsi pemilik restoran
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai harga ikan siakap di restorannya yang dikatakan begitu mahal.
Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.
Wanita ini juga menceritakan dia sendiri yang bertanggungjawab mengambil pesanan pelanggan tersebut dan sempat memintanya untuk melihat ikan tersebut terlebih dahulu sebelum ianya dimasak.
Namun, pelanggan tersebut didakwa enggan berbuat demikian. Ujarnya lagi, harga bagi ikan siakap tersebut telah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).
Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran.
Pada masa yang sama, wanita ini turut menafikan dakwaan pelanggan tersebut yang menyatakan restorannya mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit.
Sumber: Harian Metro