berita

Pelantar Minyak Naga 7 Tenggelam, 101 Anak Kapal Nyaris Maut

May 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebuah pelantar minyak milik Velesto Drilling Sdn Bhd iaitu Naga 7 yang terletak di peraiaran Sarawak dilaporkan tenggelam ekoran daripada kerosakan salah satu tiang sokongan. Menurut ConocoPhillips Sarawak Ltd dari laporan Astro Awani memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 2.45 petang, hari Isnin dimana pelantar kelihatan menyenget 10 peratus daripada posisi awal.

Tiang pelantar rosak

Pelantar minyak laut dalam iaitu Naga 7 berdekatan perairan Sarawak dan negara Brunei tenggelam dipercayai terdapat kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu. Kerosakan mula dikesan pada petang semalam dan kelihatan makin lama makin senget sampai akhirnya pelantar itu tenggelam ke lautan tersebut.

Keutamaan kami ialah keselamatan petugas dan kami mengesahkan semua kru berjaya dikeluarkan dari Naga 7. Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan.

Sementara itu, dilaporkan kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah. Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan dan punca kerosakan tersebut masih dalam siasatan.

Pelantar ‘jack up

Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up‘ dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki. Pelantar minyak ini dibina untuk mengeluarkan minyak mentah seperti petroleum dan gas asli di tengah laut perairan dalam Sarawak.

Pelantar minyak ini turut dibina bangunan berskal kecil untuk tujuan penginapan pekerja, ruang pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.

Foto Naga 7 ketika tenggelam

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×