berita

Pelawak Veteran, Ahmad Busu Meninggal Dunia

November 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ahmad Busu

Sebentar tadi, OHBULAN! dimaklumkan bahawa pelakon dan juga pelawak veteran yang popular dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah meninggal dunia.

Ahmad Busu yang berusia 60 tahun (wiki) dikhabarkan telah meninggal dunia akibat penyakit strok sekitar jam 8 malam tadi (10 November).

Allahyarham yang pernah popular menerusi 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu telah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Sementara itu, di laman sosial Twitter pula, para peminat telah keliru dengan berita kematian pelakon ini dan Allahyarham Pak Busu yang juga pernah membintangi sitkom PMPMTT bersama arwah Ahmad Busu.

Screen Shot 2013-11-10 at 11.41.53 PM

Screen Shot 2013-11-10 at 11.41.17 PM

Allahyarham Ahmad Busu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Takziah diucapkan pada keluarga arwah. Al-Fatihah.

Kredit gambar : mStar Online

SKIP THIS AD ×