Sebuah perusahaan pasti mempunyai pelbagai cara bagi mempromosikan jenama atau barang keluarannya. Salah satu promosi yang pernah menggegarkan dunia adalah cara yang digunakan oleh jenama pakaian sukan terkenal Puma ketika tahun 1970.
Mereka yang menggunakan Pele, pemain bola sepak terhebat ketika itu dengan hanya perlu mengikat tali kasut di awal perlawanan Final Piala Dunia. Berjaya menarik perhatian dengan ‘trick’ yang dilakukan, kedua nama besar dalam arena sukan itu semakin melonjak tinggi.
Perang sneaker
Pada awal-awal musim yang digelar ‘perang sneaker’ di antara syarikat gergasi Adidas dan Puma, sokongan dari atlet merupakan risiko yang amat besar. Sneaker yang dilihat sebagai bahagian besar dalam dunia sukan kian mendapat perhatian dari setiap atlet. Setiap pilihan atlet sama ada Adidas atau Puma dilihat menjadi bahagian utama dalam segi pemasaran di antara dua jenama gergasi ini.
Seiring dengan itu, atlet dilihat menggunakan dua jenama ini bagi membuatkan mereka menentang antara satu sama lain dan perkara itu telah membuatkan mereka kerugian dari segi kewangan. Kedua jenama ini juga mula untuk mengatasi satu sama lain. Ini terbukti ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1968 di Mexico City di mana Adidas berjaya membuatkan pegawai kastam merampas ‘sneaker’ Puma.
Bermula dari itu keadaan menjadi semakin teruk sehingga menjelang Piala Dunia 1970 di Mexico. Kedua syarikat ini telah memutuskan untuk mengadakan ‘perjanjian damai’ dan menghindar dari perkara yang menjadi perbalahan hubungan kedua jenama ini sepanjang tahun 1960.
Wujudnya Pele Pact
‘Pele Pact’ yang wujud dari hasil perjanjian itu adalah perkara yang paling diingati. Itu bermaksud bahawa kedua syarikat tersebut telah bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian dengan Pele yang merupakan pemain paling hebat ketika itu. Keputusan ini dibuat bagi mengelak berlakunya pembaziran dari pertaruhan yang tidak mendatangkan hasil dihujungnya.
Pasukan Brazil yang ketika itu diketuai Pele merupakan antara pasukan terhebat Piala Dunia dalam sejarah kejohanan. Mereka yang menentang Itali dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1970, juga merupakan pertandingan yang paling dinantikan saban tahun.
Walaubagaimanapun ‘Pele Pact’ menjadi tanda tanya ketika perlawanan akhir itu. Ini kerana sebelum wisel pembuka, Pele meminta pengadil untuk berhenti seketika bagi mengikat tali kasutnya. Ini membuatkan semua mata tertumpu kepada Pele yang sedang mengikat tali kasut Pumanya. Pele yang jelas merupakan pemain bola sepak paling hebat dan terkenal ketika itu dikejutkan dengan sesuatu di mana dia tidak mempunyai perjanjian bersama Adidas atau Puma, sebaliknya Pele harus menyelesaikan perjanjian bersama syarikat kasut Inggeris, Stylo.
Perjanjian tanpa persetujuan Puma
Pele yang jelas tidak tahu mengenai ‘Pele Pact’ ketika itu membuatkan perkara ini menjadi lebih menarik. Ini berlaku apabila Puma menghantar wakil, Hans Henningsen untuk berjumpa bersama pasukan Brazil. Henningsen merupakan seorang wartawan yang sangat mesra dengan pasukan Brazil.
Pele dan Henningsen bagaimanapun meluangkan masa bersama dan Pele ketika itu merasa kesal dengan Henningsen. Ini kerana Henningsen menghabiskan masa berusaha untuk menandatangani kontrak bersama semua anggota pasukan Brazil yang lain tetapi tidak berusaha untuk menandatanganinya. Walaubagaimanapun semua berubah apabila Henningsen membuat keputusan yang berani di mana dia telah membuat perjanjian bersama Pele tanpa persetujuan dari pihak Puma
Aksi jadi perhatian
Pele ditawarkan bayaran sebanyak US$ 25,000 untuk Piala Dunia 1970 dan US$ 100,000 bagi empat tahun akan datang dan ditambah dengan potongan penjualan sneaker Pele. Henningsen kemudiannya memberikan tawaran tersebut kepada Armin Dassler, iaitu ketua Puma. Dassler bagaimana memutuskan bahawa perjanjian tersebut terlalu bagus untuk dibatalkan.
Setelah bersetuju dengan tawaran tersebut, Dassler dan Henningsen terus menyampaikan wang tawaran kepada Pele. Sebahagian dari perjanjian itu termasuklah ‘trick’ Pele yang sengaja meminta untuk berhenti seketika sebelum perlawanan bermula. Dia yang dikatakan ingin mengikat tali kasut Puma yang dipakainya itu membuatkan semua kamera telah merakam aksinya itu. Dalam tidak sedar, aksi itu juga menarik perhatian semua untuk fokus pada kasut Puma yang dipakainya.
Selepas berlakunya aksi itu, Adidas merasakan itu satu perbuatan khianat atas perjanjian damai yang telah dibuat dan mereka sangat marah. Maka, ‘perang sneaker’ telah bermula kembali dan kali ini dilakukan dengan bersungguh. Walaubagaimanpun, Puma dan Adidas tetap menjadi jenama yang dominan di pasaran antarabangsa.
Sumber : Los Angeles Times , Youtube