berita

Pelik, Sepatu Tinggi!

August 24th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Setiap wanita pasti mengemari kasut tumit tinggi lagi-lagi ianya dapat menyerlahkan imej personaliti yang menarik. Boleh dikatakan si pencinta fesyen pasti akan membeli sekurang-kurangnya satu kasut apabila keluar membeli belah.Tidak kurang hebatnya, apabila sepatu tinggi pelik yang kian menjadi perhatian wanita dihasilkan secara menyeluruh bagi menampilkan kelainan dalam penggayaan. Ohbulan menampilkan fesyen kasut terpelik yang sedikit sebanyak mungkin menjadi pilihan anda :-

Melangkah penuh bergaya dan berkeyakinan tatkala menyarung sepatu pelik berwarna merah ini.

Pasti mendapat panahan mata yang memandang kerana penghasilannya yang eksklusif diilhamkan daripada bentuk bakul getah.

Si pemakai juga mencapai keselesaan apabila menggayakan sepatu ini kerana tapaknya yang rata memberikan keseimbangan kepada si pemakai. Penggunaan warna merah ini juga dapat menyerlahkan keperibadian berani si cantik.

Sepatu tinggi pelik roda yang berona warna menarik mampu menyerlahkan gaya anda tatkala melangkah ke majlis-majlis. Diinsipirasikan daripada roda kereta sorong dengan gabungan material kain untuk mempersembahkan rekaan eksklusif kasut tersebut.

Getah lembut dibelakang kasut memberikan ciri-ciri keselesaan kepada si gadis untuk menyarungkan sepatu dengan penuh keyakinan.

Kombinasi warna merah, hitam, putih, hijau dan biru memberikan peluang kepada si gadis untuk mengabungkan sepatu tersebut dengan busana yang memukau.

Pelik namun memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandang. Manakan tidak, kasut yang berasaskan lastik pemburu dihasilkan menjadi sepatu yang memukau.

Ilham yang bijak ini digabungkan memberikan penampilan yang unik kepada si pemakai. Sekali imbas dengan teliti, setiap perincian yang digunakan mempunyai kreativiti tersendiri.

Kombinasi warna kuning dengan kayu memberikan nilai eksotik terhadap penghasilan kasut tersebut. Selain boleh ditampilkan dengan penggayaan ringkas, fesyen kasut ini juga boleh ditampilkan bagi majlis-majlis glamor.

Sekali imbas terkenang zaman kanak-kanak yang pasti menjadi kenangan terindah apabila mengayakan kasut yang diilhamkan daripada papan gelonsor kanak-kanak.

Penggunaan rona warna terang menyerlahkan kehidupan personaliti si cantik yang sentiasa girang dan ceria. Tumit berasaskan tangga itu kelihatan menarik bagi mereka yang ingin tampil ‘chic’.

Pasti si cantik yang menggayakan kasut tersebut menjadi perhatian si jejaka tampan.

Kehidupan meliputi kehendak dan keperluan. Setiap manusia mempunyai keperluan dari segi makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Diilhamkan daripada makanan berzat iaitu buah-buahan maka terhasillah sepatu tinggi pisang yang direka dengan idea yang kreatif. Penghasilan yang kemas memberikan perhatian terhadap semua mata yang memandang.

Bagi si pemakai yang lebih optimis dan moden, rona warna kuning diraja itu mampu diserlahkan berikutan warna kuning melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang.

Biadap. Itu yang digambarkan tatkala melihat sepatu tinggi bertapakkan lidah merah yang terkeluar. Mempunyai persamaan dengan lambang ‘Rolling Stone’, kasut tumit tinggi ini dihasilkan mengikut kreativiti daripada kasut biasa kepada sesuatu yang lebih unik dan luar biasa.

Kasut dengan permukaan daripada warna pastel itu memberikan kelembutan dalam keberanian seseorang.

Merah yang melambangkan kemegahan mampu membuatkan si pemakai melangkah dengan penuh keyakinan disamping menyerlahkan keaslian cara jalan sebenar seorang wanita untuk tampil menawan.

×